Bila Kita Terlalu Ambil Hati - Bahagian - 5

Bila Kita Terlalu Ambil Hati – Bahagian 5

Bila Kita Terlalu Ambil Hati – Bahagian 5

#JMBELOG – Untuk jiwa yang terasa, terlalu lama

Kita ambil hati… pada kata yang tidak sengaja, pada sikap yang mungkin tak disengaja, pada diam yang kita salah tafsirkan.

Hati kita terlalu cepat menyimpan, terlalu mudah menyimpulkan.

“Bila kita terlalu ambil hati, kita bukan sahaja penat kerana orang lain… tapi juga penat melawan diri sendiri.”

Dan kita pun mula menjauh… bukan sebab orang itu jahat, tapi sebab kita terlalu terasa.

Hakikatnya, tak semua benda yang kita rasa perlu kita simpan. Tak semua kata perlu kita kenang sebagai luka.

Belajarlah melepaskan, bukan kerana kita lemah… tapi kerana kita ingin hidup dengan lebih ringan.

Sekuat-kuat hati, bila terlalu banyak dipikul, ia pun akan pecah juga.

Bahagian 5 dari siri "Bila Kata Tak Sama Dengan Rasa"
#JMBELOG – Bila jiwa mula belajar melepaskan, bukan menyimpan

Kalau kau masih membaca sampai sini
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”