Orang Bermasalah
Pernah satu ketika,
ada yang melabel aku sebagai seorang yang bermasalah.
Mereka tidak tahu,
orang yang mereka anggap bermasalah inilah,
yang dulu hadir membantu saat mereka paling memerlukan.
Aku tidak marah.
Aku tidak menyalahkan.
Kerana aku tahu,
kadang-kadang semua yang berlaku itu
berpunca daripada suara orang ketiga —
orang yang begitu dekat denganku.
Namun hatiku tetap tenang.
Aku yakin,
setiap ujian ini bukan sia-sia.
Tuhan sentiasa bersama
dengan hati-hati yang pernah disakiti,
dengan jiwa-jiwa yang teraniaya.
Aku pilih untuk diam.
Aku pilih untuk redha.
Kerana keyakinanku,
lebih besar daripada luka yang mereka tinggalkan.
0 Ulasan