Suara Hak Setiap Insan
Suara itu hak setiap insan.
Bukan untuk menindas, bukan untuk menenggelamkan suara yang lain.
Jika satu suara terasa asing pada telinga anda,
jangan cepat menolaknya seolah-olah ia tak layak didengari.
Mungkin yang salah bukan pada suara itu,
tetapi pada hati kita yang belum bersedia untuk mendengar.
Kerana kadang-kadang, yang pahit itu nasihat.
Yang pedih itu kebenaran.
Dan yang perlahan itu doa yang hampir kita abaikan.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”