Pengalaman Kerja – Dari Pagar Ke Jiwa


Pengalaman Kerja – Dari Pagar Ke Jiwa

Ada orang pernah tanya, apa pengalaman kerja aku sebagai seorang security?

Jawapan aku mungkin tak panjang, tapi cukup bercerita.

SA (Security Assistant)a– ✅ pernah lalui.

SO (Security Officer) – ✅ pernah rasa tanggungjawab.

BL (Building Leader) – ✅ ya, pernah sampai kena tegur kerana berani buat keputusan sendiri. Pernah juga sampai bila ada masalah, semua orang cari aku. Dan aku selesaikan, seorang diri.

Trainer – ❌ aku tolak.

SS (Shift Supervisor)– ❌ aku tolak.


Kenapa aku tolak?
Kerana aku tahu, bukan semua peluang itu sesuai digenggam.
Ada waktu, menolak itu lebih tenang daripada menerima.

Orang mungkin nampak aku seperti sengaja tidak mahu naik ke atas.
Tapi sebenarnya…
aku lebih rela terlihat bodoh,
daripada akhirnya diperbodohkan.

Kadang kita perlu berpijak di bumi nyata:
cukup sekadar berkhidmat dengan jujur,
cukup sekadar tahu apa yang kita mahu.

Tidak semua benda perlu dikejar.
Ada yang lebih bermakna bila kita lepaskan.

Catat Ulasan

0 Ulasan