Monolog Jiwa Khas – Bila Hati Rasa Dihina


Monolog Jiwa Khas – Bila Hati Rasa Dihina

Monolog Jiwa Khas – Bila Hati Rasa Dihina

Untuk jiwa yang pernah koyak kerana kata manusia.

Kadang-kadang aku tertanya, salah aku di mana, hingga aku dihina begitu rupa? Orang benci aku, orang palau aku, seolah-olah aku tak punya ruang untuk bernafas sebagai manusia.

Gelaran demi gelaran dilemparkan, sabar yang aku simpan akhirnya koyak juga. Aku tak pernah minta untuk lahir dengan cerita hidup begini. Aku tak pinta menjadi bahan umpatan. Tapi dunia tidak selalu memilih untuk mengerti.

Ya, aku mengaku. Aku banyak tersilap sebelum ini, aku pernah melukakan hati yang lain tanpa sedar. Dan hari ini, aku hanya ingin mohon — maafkan aku, seandainya aku pernah jadi luka dalam hidupmu.

"Yang aku pinta cuma sedikit ruang — jangan hina aku lagi, cukup sekadar beri aku peluang untuk belajar menjadi insan yang lebih baik."

🌿 Doa Ketenangan & Kekuatan Hati 🌿

Ya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati hamba-Mu, ampunkan segala salah dan silapku, baik yang aku sedari mahupun yang tidak.

Lembutkanlah hati mereka yang membenciku, jadikanlah aku insan yang redha, meskipun dunia menghinaku.

Ya Allah, kuatkan langkahku untuk terus bertahan, lapangkan dadaku dari sesak yang menjerut, dan gantikan luka di hatiku dengan ketenangan yang Kau turunkan.

Jangan biarkan aku hilang harapan, jadikan sabarku sebagai teman, dan maafku sebagai pakaian.

Ya Allah, izinkan aku menjadi lebih baik, walaupun aku pernah tersilap, kerana aku ingin kembali kepada-Mu dengan hati yang bersih. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.

✨ "Yang koyak akan dijahit semula oleh Allah. Yang dihina akan dimuliakan oleh Allah. Yang ditolak manusia, akan dipeluk kasih sayang Allah." ✨

Catat Ulasan

0 Ulasan