Assalamualaikum wbt,
Selamat ulang tahun kelahiran diucapkan buat mu...
Semoga usia yang bertambah ini menjadi ruang untuk semakin dekat dengan rahmat Allah, dipenuhi dengan keberkahan rezeki, kesihatan yang baik, dan ketenangan jiwa yang berpanjangan.
Walaupun bukan darah yang mengikat, namun doa tetap tulus dipanjatkan –
moga setiap langkah mu dipermudahkan,
moga setiap detik dipenuhi dengan kasih sayang keluarga dan orang sekeliling,
dan moga senyuman mu terus menjadi cahaya yang menguatkan sesiapa saja yang memandang.
Selamat menyambut hari lahir.
Moga Allah sentiasa memelihara dan mengurniakan kebahagiaan di dunia serta akhirat.
Aamiin Ya Allah Ya Mujib.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”