Monolog Khas Khamis - 28 Ogos 2025

Monolog Jiwa #9 – Sunyi Tak Selalu Sepi


28 Ogos 2025 (Khamis)


Ada hari yang terasa lengang,

seakan dunia lupa namaku.

Ada malam yang begitu senyap,

hingga degup jantungku sendiri pun terdengar seperti bisikan terakhir.


Tapi aku belajar,

bahawa tidak semua sunyi itu menyakitkan.

Ada sunyi yang sedang menyiapkan aku

untuk kembali kuat dalam diam.


Kerana dalam senyap,

aku lebih jujur dengan diriku sendiri.

Aku tidak perlu pura-pura kuat,

tidak perlu tersenyum demi menyenangkan sesiapa.


Dan di situ aku temui semula Dia,

yang tak pernah pergi walau aku kerap alpa.

Dalam sunyi, aku lebih mendengar,

lebih merasa, lebih faham erti reda.


Jadi biarlah hari ini sepi,

kerana aku tahu…

sunyi juga punya suara,

dan ia sedang membisikkan hikmah

yang tidak

 semua manusia mampu dengar.


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”