Ada hal-hal dalam hidup yang kita tidak pernah minta,
tetapi tetap singgah juga dalam perjalanan.
Sakit — itulah salah satunya.
Aku tidak pernah meminta sakit.
Namun, bila ia hadir, aku hanya mampu bertahan.
Bukan semua orang faham sakit yang kita tanggung.
Ada yang melihat luaran,
tapi tidak pernah tahu pedih di dalam jiwa dan tubuh ini.
Hari ini, aku tetap teruskan tanggungjawab sampai akhir,
walau langkah terasa berat.
Pulang, aku singgah klinik — bukan suka-suka, bukan menunjuk mampu.
RM85… bukan sedikit.
Bukan kerana berduit,
tetapi kerana ada rasa yang tidak mampu diucap,
selain hanya diri sendiri yang mengerti.
Sakit itu ujian,
dan aku belajar — diam kadang lebih bercerita
daripada seribu kata yang tidak pernah sampai.
0 Ulasan