Bahagiakan Aku, Ya Allah

Kadang, kita terlalu banyak meminta,
hingga lupa bahawa ada doa yang lebih indah…
iaitu doa yang kita serahkan sepenuhnya kepada Allah.

Ya Allah… bahagiakanlah aku dengan hal-hal yang tak pernah aku minta,
namun Engkau tahu aku amat memerlukannya.
Hal yang menyembuhkan luka yang aku tak mampu rawat sendiri,
menenangkan resah yang aku tak mampu jelaskan,
dan membuat aku tersenyum tanpa sebab.

Aku serahkan segalanya kepada-Mu,
kerana Engkau lebih tahu apa yang terbaik,
bahkan sebelum aku menyedarinya.

1 ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”