Bila Tulisan Itu Terasa

Menulis bukan untuk sesiapa pun.
Tak pernah kita sebut nama, tak pernah kita tujukan kepada mana-mana insan tertentu.
Tulisan itu lahir dari hati sendiri, untuk menenangkan jiwa yang penat.

Yang terasa mungkin sebab...
tulisan itu menyentuh bahagian dalam dirinya yang selama ini disimpan rapi.
Bukan kita sengaja, bukan kita tujukan.
Cuma kebetulan jiwa mereka berkaca pada baris kata yang kita lepaskan.

Kadang, tulisan hanyalah cermin.
Orang yang melihat akan nampak bayangan dirinya,
bukan wajah kita.

Jadi, jangan pernah rasa bersalah bila menulis.
Kerana menulis itu hakikatnya antara kita dengan hati sendiri.
Selebihnya—biarlah pembaca memilih.
Untuk memahami, untuk terasa,
atau sekadar berlalu.

#JMBELOG

Dan jika kau masih di sini, membaca hingga ke penghujung…
mungkin ini bukan sekadar tulisan…
mungkin ini adalah rasa yang akhirnya kau temui dalam diam.
Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat.
#JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan