Pages

Ogos 03, 2018

32.4 juta Jumlah penduduk Malaysia

32.4 juta Jumlah penduduk Malaysia 

DATA Jabatan Perangkaan mendapati penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.4 juta orang pada 2018 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 1.1 peratus.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata ia berdasarkan Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2018 yang membentangkan anggaran penduduk pertengahan 2017 dan 2018.
Katanya, ia turut berdasarkan statistik utama penduduk berasaskan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 (Banci 2010) yang mengambil kira tiga komponen utama perubahan penduduk iaitu kelahiran, kematian dan migrasi bersih.
“Pada 2018, penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 32.4 juta orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.1 peratus.
“Penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan pada 2018 iaitu masing-masing 16.7 juta (lelaki) dan 15.7 juta (perempuan).
“Manakala, nisbah jantina bagi 2018 kekal pada 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan berbanding 2017,” katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, semalam.
Beliau berkata, peratusan penduduk berusia bawah 14 tahun (usia muda) pada 2018 menurun kepada 23.8 peratus berbanding 24.1 peratus pada 2017.
“Peratusan penduduk berumsia 15 hingga 64 tahun (usia bekerja) meningkat daripada 69.6 peratus pada 2017 kepada 69.7 peratus pada 2018.
“Peratusan penduduk berusia 65 tahun dan lebih (usia tua) pula meningkat daripada 6.3 peratus kepada 6.5 peratus bagi tempoh yang sama. Peningkatan komposisi penduduk usia bekerja dan usia tua memberi kesan kepada peningkatan usia penengah pada 2018 iaitu 28.6 tahun,” katanya.
Katanya, penduduk warganegara pada 2018 adalah 29.1 juta di mana komposisi etnik Bumiputera mencatatkan peningkatan 0.3 mata peratus berbanding 2017 iaitu 69.1 peratus daripada jumlah penduduk warganegara.
“Bagaimanapun, komposisi etnik Cina dan India mencatatkan penurunan masing-masing 0.2 mata peratus dan 0.1 mata peratus,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!