Bila kita selalu betul - Bahagian 2

Bila Kita Selalu Betul – Bahagian 2

Bila Kita Selalu Betul – Bahagian 2

#JMBELOG – Monolog Jiwa Dalam Sunyi

Ada waktunya,

Kita terlalu sibuk mempertahankan “aku betul”
sampai kita lupa — bukan semua perbezaan itu bermakna salah.

“Kita tak perlu menang dalam semua perbualan, Kadang-kadang, diam itu lebih bijaksana.”

Hati yang penuh ego, takkan mampu mendengar suara selain dirinya sendiri.

Dan bila kebenaran itu hadir dalam rupa yang tak kita suka, kita cepat menolaknya.

Sedangkan, Allah sendiri tidak melihat siapa yang betul lebih dulu… Tapi siapa yang rendah hati dan sedia belajar dari salahnya.

Jangan biar rasa betul itu menjadi tembok, sampai tak ada satu pun nasihat yang mampu menembusinya.

Kita bukan selalu salah, ya... Tapi kita juga tak selalu betul.

Bahagian 2 daripada siri refleksi hati
#JMBELOG – Bila kata menunduk kepada jiwa

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

  1. betul ! tapi itulah kita kan selalu nak betul hikhik

    thanks for sharing

    BalasPadam

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”