Jika Aku Tak Kembali – Maafkan Aku, Doakan Aku

Untuk hati yang menyimpan rasa diam-diam.

Kita kelak akan berpulang.
Bukan hari ini mungkin.
Tapi satu hari nanti –
tanpa pesan, tanpa janji.

Kita akan benar-benar pergi,
meninggalkan dunia ini.
Meninggalkan senyum, tangis,
rindu dan kenangan yang pernah kita ukir di sini.

Kematian itu…
bukan lagi tentang "nanti-nanti",
kerana hakikatnya –
semakin hari ia semakin menghampiri.

Jika esok aku pulang…
atau lusa aku tak sempat kembali,
aku mohon…

Maafkan aku.
Jika pernah tersalah kata,
tersilap laku,
atau menyentuh hatimu dengan luka.

Jazakumullahu khayran.
Untuk setiap doa yang pernah kalian bisikkan.
Untuk setiap pelukan diam,
yang tak pernah aku minta… tapi sangat aku perlukan.

Dan jika nanti kalian teringat padaku,
bukan pada wajah,
tapi pada kebaikan yang sedikit,
doakan aku.

Doakan aku pergi dengan tenang.
Doakan aku disambut dengan kasih oleh Dia yang Maha Pengasih.
Doakan aku… kerana itu hadiah paling mahal yang aku harap dari kalian.

Maafkan aku.
Doakan aku.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.


Kalau kau masih membaca sampai sini...
mungkin tulisan ini sedang memeluk hati kau dalam diam..

Baca Selanjutnya →

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”