Yang Sedang Hilang Diri


Kadang aku rindu
pada aku yang dulu.
Yang diam bukan sebab kecewa,
tapi sebab jiwa aku selesa di situ.

Dulu aku balik kerja,
buka pintu rumah — dan rasa lega.
Sekarang aku buka pintu,
tapi rasa aku dah entah ke mana.

Aku cuba senyum,
aku cuba sembang…
Tapi bila mereka gelak,
aku rasa seperti bayang.
Ada tapi tak disapa,
hidup tapi tak terasa.

Aku cuba kuat…
tapi setiap kali senyum,
ada bahagian dalam hati aku
yang rebah tanpa bunyi.

Ya Tuhan…
aku bukan tak mahu berkawan,
cuma aku rindu diriku yang tenang.
Bolehkah Kau bawa aku pulang
kepada versi aku yang tak pura-pura?

Hari ini aku minta satu saja:
Berilah aku tempat untuk pulih.
Biarlah aku diam,
asal aku tak hilang diri sendiri.

Kerana aku dah terlalu lama,
menjadi orang lain demi orang lain…
Sampai aku lupa —
bagaimana rasanya menjadi aku
yang sebenar-benarnya aku.

Catat Ulasan

0 Ulasan