Hari Buruk Bukan Tanda Kalah


Hari Buruk Bukan Tanda Kalah

Setiap orang ada hari buruknya.
Hari di mana semangat terasa berat untuk dibawa,
senyum terasa kaku,
dan langkah terasa lambat.

Tak mengapa…
Berhenti sejenak, tarik nafas, dan beri ruang untuk hati berehat.
Kadang-kadang, kita hanya perlukan sedikit masa untuk menyusun semula diri —
pause, rest, reset, restart.

Tapi… jangan berhenti selama-lamanya.
Jangan biarkan rasa penat membuat kita mengalah.
Kerana badai akan berlalu,
dan selepas itu, akan muncul peluang yang mungkin kita takkan jumpa lagi jika kita berhenti sekarang.

Bangunlah, walau langkah itu perlahan.
Sambunglah perjalanan, walau hati masih sarat.
Kerana setiap langkah kecil yang kita ambil,
tetap membawa kita jauh dari titik kita jatuh.

Ingat, hari buruk hanyalah satu bab.
Buku hidup kita masih tebal, dan banyak halaman indah menunggu untuk kita tulis.

Catat Ulasan

0 Ulasan