Mungkin Ada Yang Memandang Negatif
Mungkin ada yang memandang negatif kepada mu.
Ada yang membaca dirimu dengan kaca mata yang penuh prasangka.
Ada yang menilai hanya dari cerita yang mereka dengar,
bukan dari langkah yang mereka lihat,
bukan dari hati yang mereka kenal.
Tapi aku…
tetap aku.
Tidak diwarnai oleh kata-kata manusia,
tidak diikat oleh persepsi yang salah.
Kerana aku belajar,
hidup ini bukan untuk memuaskan semua orang.
Ada yang akan mengangkatmu,
ada yang akan menjatuhkanmu,
dan ada yang hanya berdiri memerhati.
Aku tetap aku,
dengan cara ku mencintai,
dengan prinsip yang ku pegang,
dengan hati yang cuba untuk tidak berubah walau badai datang.
Biar dunia menilai dengan cara mereka,
kerana aku tahu,
Tuhan lebih mengenal siapa aku.
0 Ulasan