Buat baik jangan kerana siapa-siapa.


Kita tak boleh berharap orang layan kita seperti kita layan mereka.
Tak semua orang punya hati yang sama, rasa yang sama, niat yang sama.

Ada orang kita jaga, dia tinggal.
Ada orang kita ikhlas, dia ragu.
Ada orang kita doa, dia lupa.
Tapi tak apa…

Kita tetap jadi kita – yang buat kerana Allah, bukan balasan.
Yang ikhlas kerana jiwa, bukan pujian.
Yang memberi kerana cinta, bukan ingin dibalas sama.

Kerana bila hati kita penuh harap pada manusia, kita akan sering kecewa.
Tapi bila harap kita hanya pada Tuhan…
Setiap luka pun terasa redha. 🌙

Teruskan jadi baik walau tak dibalas baik.
Sebab kebaikan bukan untuk dikenang orang, tapi untuk menenangkan hati sendiri. 🤍

Abang titip satu untuk adik hari ni:

Buat baik jangan kerana siapa-siapa.
Buat baik kerana itu cermin siapa kita sebenarnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan