Catatan Jiwa: Jangan Pernah Putus Harap

Catatan Jiwa: Jangan Pernah Putus Harap


"Rasa bersalah selepas buat dosa, itu tandanya hati kau masih hidup.
Masih ada cahaya, walau redup, masih belum padam."

Dosa… bukan alasan untuk terus jauh dari Tuhan.
Kerana setiap kali kau kembali, Allah tetap tunggu.
Dengan rahmat yang tak pernah kering, dengan kasih yang tak pernah letih.

Buat dosa. Taubat. Ulang lagi. Taubat.
Dan lagi… dan lagi.
Itulah manusia. Tapi jangan berhenti taubat.

Jangan biarkan gelap hari ini halang cahaya esok.
Jangan biar silap semalam patahkan harapan hari ini.
Kerana Allah tak tengok seberapa dalam luka dosa kita,
tapi seberapa tulus air mata taubat kita.

Berlarilah…
Bukan dari Allah, tapi kepada-Nya.
Carilah Dia di sejadah sunyi.
Menangislah… kerana tangisan itu menyucikan.
Allah masih mahu kita kembali.

اَللهُم صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمّد ٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمّدٍ


Untuk kau yang sedang jatuh, jangan takut untuk bangkit.
Jalan pulang itu masih ada. Sentiasa ada.

– Monolog Jiwa #JMBELOG

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini