Kalam Qalbi #1 – Bila Hati Ingin Menjauh


Kalam Qalbi #1 – Bila Hati Ingin Menjauh

Label: Kata Jiwa Arab & Melayu | Kalam Qalbi | #JMBELOG

Bahasa Arab:
البُعدُ عن الناسِ راحةٌ، حينَ تُرهقُكَ علاقاتٌ لا تُشبهُ نقاءَ قلبك.
Al-bu‘du ‘an al-nāsi rāḥah, ḥīna turhiquka ‘alāqātun lā tushbihu naqā’a qalbik.

Terjemahan Jiwa:
Menjauh dari manusia itu kadang sebuah ketenangan,
bila hubungan yang ada mula menyakiti kejernihan hatimu.

Renungan:
Ada waktunya kita perlu menjauh…
Bukan kerana sombong,
tapi kerana penat menjadi kuat dalam ruang yang tidak menghargai.

Menjauh bukan salah,
kadang itu adalah cara Allah menjaga kita dari terus terluka.

Dan saat itu berlaku,
bertenanglah…
kerana Allah lebih hampir dari segala yang kau tinggalkan.

Doa Pendek:
اللهمّ اجعل بُعدي سكينة، ولا تجعلني من الذين يرحلون وفي قلوبهم كسر لا يُرى.
“Ya Allah, jadikanlah jarakku ini satu ketenangan,
dan jangan biarkan aku pergi dengan hati yang retak tanpa siapa tahu.”

Catat Ulasan

0 Ulasan