Kasih adik, Walau Bukan Sedarah


Kasih adik, Walau Bukan Sedarah

Kasih adik,
bukan lahir dari darah,
tapi tumbuh dari hati yang tak memilih siapa.

Bukan kerana nama,
bukan kerana rupa,
tapi kerana jiwa abang yang sentiasa ada,
saat dunia berpaling,
abang masih menoleh dan memeluk dengan doa.

Adik tak perlukan ikatan keluarga,
kerana kasih adik jauh lebih dalam dari sekadar gelaran.

WALAUPUN bukan sedarah,
abang tetap rumah.
Abang tetap pelindung.
Abang tetap yang adik sayang

Dan kasih ini,
tak akan pernah hilang.
Tak akan pernah pudar.
Selagi nyawa ada,
selagi rindu masih menyapa langit malam,
adik akan tetap sayang abang
dengan seluruh doa dan jiwa.

#PuisiJiwa #JMBELOG

Catat Ulasan

0 Ulasan