(Suara hati yang selalu kuat di depan manusia…)
"Mereka lihat aku senyum,
Tapi tak pernah mereka tahu…
Senyum ini menyorok ribuan luka."
"Mereka dengar aku ketawa,
Tapi tak pernah mereka dengar…
Betapa suara tangis itu lebih nyaring dalam dada."
"Bukan aku tak mahu bicara,
Bukan aku tak mahu mengadu...
Cuma… aku penat,
Bila bicara tak semua mahu benar-benar mendengar."
"Lalu aku pilih…
Senyap. Diam. Tahan sendiri."
"Sebab aku tahu…
Allah ada.
Cukup Allah yang tahu,
Cukup Allah yang dengar…"
"Dan hari ini, aku cuma mahu kuat...
Biar pun dalamnya remuk.
Aku tetap akan senyum, walau hati sendiri menangis."
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”