kadang sepi bukan pada bunyi, tapi dalam hati.
Ada rasa yang tak mampu diucap,
Ada beban yang tak boleh dikongsi,
Dan ada tangis… yang hanya jatuh dalam diam.
Tak salah bila rasa lemah.
Kerana manusia yang kuat,
pun pernah menangis diam-diam.
Dan malam ini
Dalam setiap ayat yang tertulis,
Ada doa yang di selitkan.
Semoga esok lebih lembut.
Semoga hati tak sesak lagi.
Semoga Tuhan pinjamkan damai,
walau tak tahu dari mana datangnya.
Tutup mata perlahan ya ...
"Tak apa ...esok masih di sini."
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”