Pages

Oktober 07, 2023

Amanz: Aplikasi KWSP Baharu Memberikan Notifikasi Selepas Majikan Kreditkan Caruman Ke Akaun

KWSP sedia hadir dengan aplikasi generasi baharu mereka beberapa bulan yang lepas. Melaluinya, ia menyertakan sejumlah pembaharuan, termasuk salah satunya adalah sokongan notifikasi.

Melalui ciri notifikasi pada aplikasi berkenaan, kini ia memaklumkan pelbagai perubahan pada akaun – termasuk apabila majikan kreditkan  caruman ke akaun pengguna.

Ini merupakan salah satu ciri yang agak baik, dan memudahkan para pekerja mengetahui apabila majikan telah membayar caruman mereka atau sebaliknya.

Bagi anda yang mempunyai akaun KWSP, boleh memuat-turun aplikasi KWSP i-Akaun yang baharu di Android dan iPhone, dalam terus memudahkan pemantauan akaun anda. Untuk menerima notifikasi juga, anda perlu mengaktifkan ciri kebenaran menghantar notifikasi melalui tetapan aplikasi KWSP i-Akaun.

Amanz

1 comments:

Ciktie berkata...

Oo..kita baru nak carumkan kembali kwsp kita tu. Dah lama tiada caruman masuk tu

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!