RESEPI KEROPOK LEKOR MUDAH



Bahan diperlukan:

resepi keropok lekor


  • 1kg ikan selayang yang segar
  • 300 gram tepung sagu
  • 150ml air sejuk dari peti
  • 2 sudu kecil garam

Cara-caranya:

  1. Asingkan isi ikan dari tulangnya.
  2. Kisar isi ikan dan garam bersama air.
  3. Uli bahan kisar bersama tepung sagu.
  4. Bentukkan doh memanjang dan jangan lupa taburkan tepung sagu supaya tidak melekat.
  5. Rebus sehingga terapung keropok lekor.

RESIPI SOS PENCICAH

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah
  • 3 sudu makan lada kisar
  • Air asam jawa, garam dan belacan secukup rasa
  • 2 gelas air

Cara membuat:

  1. Masukkan 2 gelas air kemudian tambahkan gula, lada, garam, belacan dan air asam jawa.
  2. Biarkan sos sehingga mendidih dan pekat, baru boleh angkat.

Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini