Pages

Oktober 19, 2023

RESIPI AYAM GORENG SERINGGIT MACAM PASAR MALAM

Ayam goreng seringgit

No photo description available.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – potong 18
  • 500 gram tepung bestari asli
  • 100 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung beras
  • Minyak menggoreng secukupnya – untuk deep fry

Bahan perap:

  • Dua senduk tepung bestari perisa asli
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

  1. Ayam kerat 18. Basuh ayam sebersihnya dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam kepci sebenar.
  2. Dalam satu bekas, masukkan dua senduk tepung bestari perisa asli. Tambahkan sedikit air. Kelikatan tidaklah terlalu cair. Tidak perlu tambahkan apa-apa perisa lagi. Perap ayam selama lima jam.
  3. Dalam bekas yang lain, masukkan campuran tepung iaitu 500 gram tepung bestari asli, 100 gram tepung gandum dan 100 gram tepung beras.
  4. Kemudian ambil seketul ayam yang sudah diperap tadi dilumur ke dalam campuran tepung tadi. Tekap sehingga mampat untuk menghasilkan salutan yang berkerak.
  5. Panaskan minyak yang penuh dalam periuk. Kenapa guna periuk? Sebab permukaan periuk yang dalam dan boleh memuatkan kuantiti minyak secara sekata. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu-persatu. Gunakan api sederhana kuat. Balik-balikkan sesekali.
  6. Angkat ayam setelah rupa ayam yang digoreng berwarna coklat keemasan.
  7. Toskan minyak dan sedia untuk dimakan panas-panas.

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!