Gaul ayam dengan 1 atau 2 biji telur. Kemudian, gaul ayam di dalam tepung bestari pedas. Goreng menggunakan api yang sederhana.
Ayam siap digoreng. Ketepikan dahulu.
Bahan-bahan untuk sambal boleh digoreng terlebih dahulu kecuali limau nipis. Goreng di dalam minyak yang panas selama 3 hingga 4 minit. Toskan bahan yang digoreng.
Masukkan bahan-bahan yang telah ditoskan tadi ke dalam lesung batu. Masukkan 2 sudu gula dan 1 sudu garam. Tumbuk separuh lumat.
Kemudian, masukkan sebiji jus limau nipis.
Masukkan pula 1 sudu kecil cuka.
Masukkan minyak ayam goreng tadi dalam 1 – 1 1/2 sudu.
Masukkan serbuk perasa dan gaul rata. Siap! Boleh dimakan bersama ayam goreng tepung tadi.
Nota (Resepi Sambal Ayam Geprek Sedap Dan Mudah)
Pastikan minyak dalam keadaan panas yang mencukupi sebelum menggoreng ayam. Minyak yang cukup panas akan menjadikan ayam lebih rangup dan kurangkan penyerapan minyak berlebihan.
Untuk memberi tekstur yang lebih renyah, tambahkan kerupuk atau keripik yang disukai ke atas hidangan sambal ayam.
Hidangkan sambal ayam dengan sayuran segar seperti timun, wortel, dan selada untuk seimbangkan rasa pedas.
Peras jeruk limau segar di atas sambal ayam untuk tambah citarasa segar dan asam yang sedap.
Jika anda kurang suka manis, kurangkan kandungan gula dalam sambal.
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata. Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”