Resipi Kerabu Ikan Bilis


RESEPI KERABU IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Bunga kantan
  • Serai

Cara memasak:

1. Cuci ikan bilis dan tapis sehingga betul-betul kering. Kemudian goreng sedikit atau sangai sekejap saja di dalam kuali tanpa letak minyak.

2. Kemudian renjiskan cuka dan gaul sehingga sebati. Goreng di dalam minyak yang betul-betul panas. Bila dah garing, angkat dan toskan.

3. Seterusnya, hiris halus bawang besar, cili padi, bunga kantan dan serai. Kemudian satukan di dalam satu pinggan.

4. Tambahkan gula, jus limau, serbuk pati ayam (sedikit saja sebab ikan bilis dan masin) beserta ikan bilis yang sudah digoreng tadi.

5. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Syazwani Azmira Adin | Myresepi


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”

Wadah Terkini