Pasukan DOTA2 Malaysia menebus kekecewaan mereka semalam kalah kepada tuan rumah China di peringkat Separuh Akhir dengan mengalahkan Krygyzstan hari ini untuk menyumbang pingat gangsa bagi kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2022.

Sebelum tewas kepada China, Pasukan Malaysia mengalahkan Arab Saudi di peringkat Suku Akhir. Dengan kejayaan ini, kontinjen esukan Malaysia menyumbang dua pingat termasuk satu perak oleh Pasukan Arena of Valor sebelum ini yang juga tewas kepada pasukan tuan rumah.
Malaysia juga membawa pasukan League of Legends tetapi tidak berjaya untuk membawa pulang sebarang pingat di temasya ini.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”