Qunut nazilah merupakan suatu perbuatan yang tersabit di sisi syarak.
Ia dilakukan setiap kali ada sahaja peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam atau sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.
CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH
1. Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu : Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh.
2. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.
Doa Qunut Nazilah Bagi Mendoakan Kesejahteraan Dan Keselamatan Rakyat Palestin Di Masjid Al-Aqsa
Sumber: FB Ustazah Nurul Anis Abu Bakar FB Ustazah Nurul Anis Abu Bakar
BACAAN DOA QUNUT NAZILAH (VERSI ARAB & RUMI) اللهم إنا نجعلك فى نحور اعداءنا Allahumma inna naj ‘aluka fi nuhuri ‘ada ina و نعوذ بك من شرورهم Wana’u dzubika min syururihim اللهم بدد شملهم. و فرق جمعهم Allahumma baddid syamlahum. Wafarriq jam ‘ahum وشتت کلمتهم. و زلزل أقدامهم Wasyattit kalimatahum. Wazalzil aqda mahum وسلط عليهم کلبامنکلابك Wasallitt ‘alaihim kalbam mingkila bik يا قهار ياجبار يا منتقم يا الله يا الله يا الله Ya qahhar ya jabbar ya muntaqimu ya allahu ya allahu ya allah اللهم يا منزل الکتاب يا مجري السحاب Allahumma ya munzilalkitab ya mujriyas saahab يا هزم الأ حزاب اهزمهم وانصرنا عليهم Ya hazimal ahzab ihzihum ihzihum ihzihum wansurna ‘alaihim
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM
Bacaan Qunut Nazilah versi rumi :
Allahumma ‘Inna Naj-‘Aluka Fi Nuhuri ‘A‘-Da ‘Inna‚ Wa Na-‘Uzu-Bika Min Syuru-Rihim, Allahumma Baddid Syam-Lahum Wa Farriq Jam-‘Ahum‚ Wa Syattit Kalimata-Hum, Wa Zal-Zil ‘Aqda-Mahum, Wa Sallit ‘Alayhim Kalban Min Kilabik‚ Ya Qahha‚ Ya Jabbar‚ Ya Muntaqimu Ya Allahu‚ Ya Allahu‚ Ya Allah‚ Allahumma Ya Mun-Zilal-Kitab‚ Ya Mujriyas-Sahab‚ Ya Hazimal Ahzab Ihzim-Hum, Ihzim-Hum,Ihzim-Hum, Wan-Surna ‘Alayhim
MAKSUD QUNUT NAZILAH
Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, dan kami berlindung denganmu dari kejahatan mereka, Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, Ya Allah pecahkan pakatan mereka, Ya Allah leburkan pendirian mereka, Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjingmu kepada mereka, Ya Allah yang maha memaksa, Ya Allah yang maha perkasa, Ya Allah yang maha membalas, Ya Allahu, Ya Allahu, Ya Allah, Yang turunkan kitab, yang gerakkan awan, yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan kemenangan untuk kami.
Allahumma ameen
VIDEO Marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita di Palestin yang sedang berjuang, bangkit mempertahankan Tanah Air mereka Bumi Al-Aqsa. ecentral
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!