Bahan Sos Pencicah Thai Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Sos Pencicah Thai Mudah Dan Sedap
- 7-8 ulas bawang putih
- Cili padi hijau & merah – jumlahnya bergantung pada kepedasan masing-masing
- Akar pakchi / ketumbar secukupnya
- Daun ketumbar – hiris / cincang halus
- 6-7 biji limau nipis
- 2 ½ sudu makan sos ikan
- Gula dan garam secukupnya – jika perlu
Cara Buat Sos Pencicah Thai Mudah Dan Sedap
- Cincang halus @ tumbuk bawang putih, cili padi dan akar ketumbar. Masukkan ke dalam mangkuk.
- Perah jus limau nipis dan masukkan sos ikan. Tambahkan gula dan garam sedikit sahaja kerana sos ikan sudah ada perasa.
- Masukkan hirisan daun ketumbar. Gaul rata pada sos pencicah thai resepi viral.
- Jika sos pencicah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air suam.
- Sedia untuk dinikmati.
Tips
- Untuk memberikan aroma yang khas, hancurkan atau iris serai dengan lembut sebelum ditambah ke dalam sos.
- Cuba sos secara berterusan semasa memasak untuk memastikan keseimbangan rasa yang sesuai. Tambah bahan-bahan seperti gula, sos ikan, atau jus limau jika perlu.
- Untuk manis yang sempurna, gunakan gula kelapa atau gula merah Thai, tetapi gula pasir juga boleh digunakan sebagai pilihan alternatif.
- Pastikan sos anda sejuk sebelum digunakan. Penyimpanan dalam peti sejuk selama beberapa jam akan membolehkan rasa lebih menyerap. Selamat mencuba thai sos pencicah resepi viral !
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.