Pages

Pengakuan

Oktober 23, 2023

Amanz: Berhati-Hati Dengan Pautan Scam Di Telegram Berkaitan “MyKasih Sumbangan Asas Rahmah”

Sejak kebelakangan ini, ia didapati terdapat penyebaran pautan phishing di Telegram, menyatakan penawaran MyKasih Sumbangan Asas Rahmah. Pautan ini menyasarkan para pengguna Telegram, dan pengguna yang klik pada pautan berkenaan berpotensi untuk kehilangan akses ke akaun Telegram mereka.

Melalui perkongsian MyCERT, para pengguna dilihat menerima pautan Telegram daripada akaun rawak atau rakan yang dikenali mereka – meminta untuk mereka klik pautan dan mendaftar pada pautan berkenaan.

Sebaik sahaja diklik, pengguna dibawa ke sebuah laman phishing, dan seterusnya meminta pengguna memasukkan nombor telefon. Ia seterusnya akan menyatakan OTP telah dihantar ke nombor Telegram, dan meminta pengguna memasukkan OTP berkenaan pada laman berkenaan.

Sebaik sahaja dimasukkan OTP berkenaan, laman berkenaan akan meminta pengguna memasukkan kata laluan Telegram. Dan akhir sekali, pengguna akan diperlihatkan dengan mesej menyatakan mereka layak menerima bantuan “MyKasih” berkenaan.

Apa pun, sebaik sahaja mencapai laman akhir berkenaan, pengguna akan kehilangan akaun Telegram mereka. Seterusnya, akaun pengguna berkenaan akan digunakan untuk terus melakukan penyebaran dan mencari mangsa-mangsa baharu.

Orang ramai diminta berhati-hati, dan tidak klik pada sebarang pautan yang dikongsikan, dan lakukan laporan kepada pihak berkuasa sekiranya menjadi mangsa penipuan seperti ini. Rujuk juga ke laman MyCERT untuk pelbagai langkah lanjut dan mengelak daripada menjadi mangsa phishing.

Amanz

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!