Pages

Oktober 05, 2023

Amanz: Fitbit Meninggalkan Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Langganan Fitbit Premium Untuk Pengguna Malaysia Dihentikan

Sejak Fitbit diambil alih oleh Google dua tahun lepas, bayangan mereka di pasaran Malaysia semakin suram. Malah, akaun pengguna Fitbit turut dimatikan dan digantikan dengan Google. Walaupun begitu tahun lepas, Fitbit Inspire 3, Sense 2 dan Versa 4 dilancarkan di Malaysia secara rasmi. Tetapi baru-baru ini selepas Fitbit Charge 6 dilancarkan, tiada langsung informasi mengenai jualan di Malaysia.

Dalam semakan kami sebentar tadi, Google sebenarnya telah pun menghentikan operasi Fitbit di Malaysia. Malah laman web jualan Malaysia Fitbit Inspire 3 turut telah dipadam dan digantikan dengan laman sokongan pengguna yang menyatakan penjualan Fitbit di pasaran Malaysia telah dihentikan.

Selain Malaysia, Hong Kong, Korea, Thailand dan Filipina turut terkesan dengan perubahan ini. Google menyatakan yang pengguna Fitbit di Malaysia masih akan terus menerima sokongan khidmat pelanggan termasuk jaminan peranti, kemaskini perisian dan kemaskini sekuriti. Pada masa yang sama, sejak Ogos lalu, langganan Fitbit Premium turut telah dihentikan.

Pengguna Malaysia yang melanggan Fitbit Premium tidak lagi dikenakan caj bulanan sejak Ogos 2023 lepas, malah anda turut akan menerima akses ke perkhidmatan ini untuk tambahan 30 hari secara percuma. Ini adalah satu perkara yang agak mengecewakan kerana Fitbit adalah peranti boleh pakai untuk memantau kesihatan dan kecergasan yang baik dan dikenali ramai. Adakah anda akan mencari pengganti seperti Garmin, Suunto, Xiaomi atau terus ke Apple Watch?

Amanz

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!