RESIPI TOSAI GUNA LEBIHAN NASI SEJUK

Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan kacang ulunthu
- 1 cawan nasi sejuk
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu yis mauripan
- Garam
- Air 3 cawan
Cara-cara penyediaan:
1. Cuci kacang ulunthu dan rendam 5-6jam,kemudian kisar sampai halus bersama dengan nasi sejuk.
2. Letak garam sedikit. Kemudian tuang dalam bekas lain bancuh bhn blend dengan air + tepung beras + yis.
3. Peramkan lagi semalaman (tutup dengan tudung periuk) – untuk menaikkan.
4. Sapukan kuali leper dengan minyak masak sedikit tuangkan tepung yang diperam satu senduk ratakan, biar garing bawah. Kemudian tutup api.
5. Gulung atau lipatkan. Siap boleh dihidangkan.

Selamat mencuba resipi tosai guna lebihan nasi sejuk ini.
0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”