RESEPI: CARA BUAT CILI JERUK
CARA BUAT CILI JERUK
Bahan-bahan:
- 20 biji cili hijau
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar gula
- Cuka secukupnya anggaran setengah sahaja dari cili tak perlu banyak
Cara-cara:
1. Cuci lada dan lap air untuk tahan lama sebab kuah tak perlu masak.
2. Potong cili mengikut saiz yang disukai. Masukkan dalam bakul dan goncang untuk keluarkan biji. Jika biji ada sikit-sikit tak mengapa.

3. Satukan semua bahan-bahan di atas, kacau sebati dan peram dalam bekas kaca yang sudah dibasuh dan dilap hingga kering. Siap.

4. Keesokan harinya, sudah boleh dimakan dan boleh bertahan selama berbulan-bukan jika simpan di dalam peti sejuk.

Kredit resipi dan gambar: Aisyah Humaira
Ulasan
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”