Bahan-bahan:
- Cili padi hijau
- Cili besar hijau
- Tomato hijau (boleh guna tomato biasa saja)
- Bawang merah
- Bawang putih
- Daun limau purut
1. Rebus semua bahan kecuali daun limau purut dalam periuk dengan air yang banyak. Guna api besar.
2. Rebus sehingga semua bahan lembut dan kulit tomato terkopek. Tutup api.
3. Toskan bahan rebusan tadi dan buang air rebusan tersebut. Tunggu sehingga bahan sejuk.
4. Bila dah sejuk, boleh cincang menggunakan chopper. Nak kisar pun boleh tetapi jangan terlalu hancur sehingga menjadi pes.
5. Panaskan kuali dengan minyak panas, tuang bahan rebus yang sudah dicincang menggunakan chopper tadi.
6. Tumis sehingga pecah minyak. Perasakan mengikut cita rasa masing-masing. Boleh perasakan dengan garam, gula, secukup rasa, ajinamoto atau mushroom seasoning. Jangan lupa letak daun limau purut. Kacau sehingga rata.

0 Comments:
Catat Ulasan
“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”