IKAN Sheepshead yang mempunyai gigi seperti manusia.



Washington: Seorang nelayan terkejut apabila menangkap seekor ikan pelik yang mempunyai gigi seperti manusia.

Mirror New melaporkan, ikan yang dikenali sebagai Sheepshead itu ditangkap Brian Summerlin, 38, yang memancing di Tangier Sound, di luar Maryland, Amerika Syarikat.

Ikan itu terkenal dengan suka mencuri umpan, tetapi amat sukar ditangkap.

Nelayan itu mengakui anak perempuannya mahu menyimpan gigi dan meletakkannya di bawah bantalnya untuk diberikan kepada pari-pari gigi.

"Ia ikan yang sangat menakjubkan kerana dapat menyesuaikan diri dengan apa sahaja makanan.

"Gigi hadapannya boleh menggigit teritip dalam apa sahaja keadaan di dalam air.

"Ia juga mempunyai gigi molar di bahagian atas dan bawah mulut untuk menghancurkan haiwan jenis kerangan.

"Anak perempuan saya mahu menyimpan giginya kerana ia kelihatan seperti gigi manusia," katanya.

Ikan seberat 7.5 kilogram (kg) itu turut memecahkan rekod tangkapan ikan Sheepshead di Maryland pada Ogos 2020 yang hanya seberat 6.4 kilogram

Anehnya, ia sudah mempunyai mata kail di mulutnya sebelum dikenali Brian sebagai miliknya, yang hilang apabila seekor ikan memutuskan tali pancingnya sejam sebelumnya.

"Saya agak teruja mengenainya (pecahkan rekod).

"Saya juga tahu kemungkinan saya dapat memecahkan rekod.

"Keluarga saya juga seronok makan ikan itu. Sheepshead ialah salah satu ikan kegemaran keluarga saya," katanya.

MyMetro


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

1 ulasan:

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”