Diam Bukan Menjauh
Diam bukan menjauh,
bukan pula tanda benci.
Ada suara yang lebih tenang bila tidak bersuara,
ada kasih yang tetap setia walau tidak terlihat di mata.
Bukan semua sepi itu luka,
dan bukan semua diam itu dusta.
Ada yang memilih untuk diam,
kerana di situ letaknya ketenangan jiwa.
Kerana tidak semua hal perlu dijelaskan,
tidak semua rasa perlu diluah.
Cukup hati yang tahu,
Tuhan yang mengerti.
0 Ulasan