Guna Elektrik Ikut Waktu, Baru Bijak!




⚡️ TAHUKAH ANDA? Sekarang Bil Elektrik Dah Ikut WAKTU!

TNB kini memperkenalkan tarif Domestik ToU (Time of Use) untuk pengguna rumah yang guna kurang daripada 1,500 kWj sebulan.

Apa Maksudnya?

Harga elektrik berubah ikut masa. Ada waktu mahal dan ada waktu murah. Kalau kita pandai susun waktu penggunaan, kita boleh jimat banyak setiap bulan!

⏰ Waktu Guna Elektrik Sekarang

  • Waktu Puncak (MAHAL): 3:00 petang – 10:00 malam
    Caj: 28.52 sen/kWj
  • Waktu Luar Puncak (MURAH): 11:00 malam – 2:59 petang (hari esok)
    Caj: 24.43 sen/kWj

📦 Apa Lagi Ada Dalam Bil TNB?

  • Caj Kapasiti – Untuk pastikan tenaga cukup bila ramai guna serentak.
  • Caj Rangkaian – Kos tiang, kabel dan transformer ke rumah kita.
  • Caj Peruncitan – RM10/bulan untuk servis bil, aplikasi, kaunter dll.

⚙️ Barang Yang Guna Banyak Elektrik

Guna lepas 11 malam untuk lebih penjimatan:

  • Aircond
  • Water heater
  • Mesin basuh & dryer
  • Seterika
  • Periuk nasi
  • Cerek elektrik
  • Oven/microwave
  • TV besar / Home Theater

💡 Tips Jimat Bil Elektrik

  • Guna mesin basuh dan seterika selepas jam 11 malam
  • Set timer aircond – jangan biar hidup sampai pagi
  • Kurangkan guna banyak alat elektrik serentak waktu 3PM–10PM
📌 Ringkasan:
🕒 3PM – 10PM = MAHAL
🌙 11PM – 3PM = MURAH

Guna elektrik dengan bijak, bil pun tak tercekik!

#BijakTenaga #JimatElektrik #TNBToU #JMBELOG

Catat Ulasan

0 Ulasan