Episod 2: Bila Doa Tak Segera Dijawab (10 Julai 2025)


Episod 2: Bila Doa Tak Segera Dijawab
10 Julai 2025

Hari ini aku belajar,
Bahawa tak semua yang aku minta,
akan tiba mengikut waktu yang aku mahu.

Kadang-kadang Tuhan lambatkan,
bukan kerana Dia tak sayang,
Tapi kerana Dia mahu aku kuat dahulu,
sebelum menerima apa yang aku pinta.

Aku akui,
ada hari aku lelah menunggu,
Ada ketika aku sangsi,
“Masihkah doaku terdengar?”

Tapi tiap kali aku hampir berputus asa,
Ada sesuatu yang menyentuh jiwa—
Satu bisikan lembut dari hati,
"Jangan berhenti. Tuhan masih mendengar."

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Moga segala doa yang diminta akan dimakbulkan oleh ALLAH SWT, insyalllah amin...amin...

    BalasPadam