Julai 31, 2023

Yakinlah dengan tiga perkara :


Yakinlah dengan tiga perkara : 1. Tiada yang lebih sayang kepada kita selain Allah. 2. Tiada yang paling mengetahui kegundahan kita selain Allah.  

3. Tiada yang berupaya menghilangkan kesulitan kita selain Allah. 

Bunyi Di Pagi Sahur

*Bunyi Di Pagi Sahur* _oleh Khairunnisaq_

Aku sejenis manusia yang tak boleh makan pagi. Kalau aku makan pagi mesti muntah-muntah pada siang harinya. Jadi pada pagi Ramadan kedua, aku bangun pukul 2.00 pagi untuk bersahur. Waktu-waktu macam ni perut aku masih boleh terima makanan lagi.

Tengah asyik aku menggoreng nasi sambil layan lagu Taylor Swift untuk menghilangkan rasa mengantuk, aku terpandang bayang ‘sesuatu’ melintas dari tingkap dapur betul-betul di hadapan tempat aku memasuk.

Bila dah nampak macam tu cepat-cepatlah aku tukar lagu TayTay tadi kepada bacaan ayat suci al-Quran. Aku ada baca pejabat Mufti cakap yang kena ikat bulan puasa ni syaitan besar saja.

Kriit! Kritt!

Tercampak sudip yang aku pegang tadi. Aku dengar bunyi pintu pagar utama seakan ditolak-tolak dari luar.

“Siapa tu? Kau jangan main-main dengan aku! Aku boleh baca ayat Kursi sampai habis tau!”

“Hoi, kak! Akulah ni. Amri. Bukalah, dari tadi aku bagi salam sampai ke tingkap belakang tak dengar-dengar.”

Ya Allah, adik aku rupanya! Dia datang nak bersahur sama. Mati-matian aku ingatkan hantu tadi. Betul-betul lemah iman aku ni!

Inilah yang dinamakan etiket.

Saya perhati sahaja pakcik ini bersarapan di meja depan saya pagi tadi.

Bajunya bergosok rapi.

Rambutnya disikat kemas.

Jam tangan dipakai elok.

Kuku pendek dan bersih.

Makan penuh tertib dengan lengan dan siku rapat ke badan.

Telefon pun ada tempat letaknya. Warna merah jambu!

Bunyi telefon perlahan untuk telinganya sahaja, tidak kuat sehingga didengari seluruh alam.

Inilah yang dinamakan etiket.

Etiket yang baik adalah imej yang baik.

NOTA: Etiket bermakna tatacara kelakuan yang betul mengikut situasi, majlis atau pekerjaan dalam masyarakat. _FB



Sesal

*Sesal* _oleh Fath_

Jam 11:30 malam. Amran melangkah berat ke ‘rumah sampah’.

Duduk apartmen beginilah, sampah kena buang di tempatnya. Kena turun tangga atau lif. Menapak sedikit jauh dari tempat tinggal.

“Cepatla buang sampah tu, Amran. Jangan asyik dengan telefon!” Berbuih mulut emaknya berleter. Berat punggung Amran untuk bangun.

Sedar tak sedar masa berlalu begitu cepat. Amran pandang keliling. Dah tiada orang berlegar di kawasan perumahan. Hanya ketawa keluarga kedengaran kadangkala di atas sana.

“Buang sampah?” Suara garau itu menegur.

“Opocot mak!” Hampir Amran melatah. Dari mana datangnya orang tua ini? Tadi tak nampak pun.

“A-ah…” Amran teragak-agak menjawab.

“Wangi!” Lelaki tua itu tersengih. Begitu lebar. Matanya tiada sinar.

“Perut ikan je, pak cik. Apa wanginya?” Amran rasa pelik. Sisa yang busuk itu takkanlah dikatakan wangi.

“Oh, bak sini! Mari pak cik tengok.”

Lelaki tua itu rakus merampas bungkusan sampah di tangan Amran. Terketar lututnya. Bukan apa, baru dia perasan pak cik itu berbulu lebat seluruh muka dan tangan. Suluhan dari kereta yang lalu sebentar tadi membolehkan dia nampak segalanya.

Menyesal tak dengar cakap mak buang sampah awal-awal!

Catatan 0803

*Catatan 0803* _oleh Khairunnisaq_

0803. Itu adalah waktunya. Saat doktor menyebutkan angka itu, Nafisa terkedu. Jantung wanita itu berhenti berdetak.

Mereka baru berkenalan beberapa hari lalu. Wanita itu tidak pernah ada dalam hidupnya. Dia tinggal bersama sang ayah sahaja. Namun beberapa hari lepas, seorang lelaki berbaju kemeja memperkenalkan dirinya sebagai ayah tiri Nafisa muncul di pintu rumah. Merayu-rayu agar dia pergi melihat wanita itu di hospital.

“Tolonglah, bang. Dia nak sangat tengok Nafisa buat kali terakhir.”

Nafisa memandang ayahnya yang keras membatu. Nafisa hanya diberitahu ibunya dulu lari bersama lelaki lain setelah diceraikan ayah. Lambat-lambat, ayah mengangguk. Lelaki itu bawa Nafisa dan ayahnya ke hospital.

Di situ Nafisa berkenalan dengan seorang wanita yang mahu dipanggil ibu. Nafisa tak banyak cakap, hanya menjawab bila ditanya. Wanita itu tak berhenti bicara, macam-macam perkara diceritakan pada Nafisa. Sekali-sekala dia menjeling ayahnya berharap mereka akan pulang segera. Lapan tahun dia hidup tidak mengenali wanita ini. Kartun di rumah lebih penting baginya.

Setelah seharian di situ. Dia pulang dan berjanji untuk datang lagi nanti. Selang beberapa hari sekali lagi ayah tiri Nafisa muncul di pintu dalam keadaan kelam-kabut dan bawa mereka ke hospital. Di situlah Nafisa mendengar angka 0803.

Wau Animation telah mengacah sesuatu dengan nama Gelecek.

Wau Animation telah berkongsi video pendek bola ditendang dan kapsyen video tersebut berbunyi “Word on the street it… there’s a rookie joining the lineup.“. Ini memberi petanda watak animasi baharu ini adalah seorang kanak-kanak atau remaja yang baru menyertai satu pasukan bola sepak. Berdasarkan tema gambar, ia mungkin adalah bola sepak jalanan. Sama-sama kita nantikan.

Wau Animation sedia terkenal dengan siri animasi dan filem Ejen Ali. Studio tempatan ini turut aktif dalam pembangunan permua yang berlaku dalam dunia sama Ejen Ali. Terbaru, Wau Animation telah mengacah sesuatu dengan nama Gelecek.

Terdapat lapan gambar yang diberikan. Saya menggabungkan kesemua gambar dan kemudian dilengkapkan dengan ciri Generative Fill di Photoshop. Gelecek dikatakan adalah rancangan televisyen dan gambar ini memberi petanda ia mungkin adalah siri animasi mengenai bola sepak.


Berdasarkan rekaan pada imej, Wau Animation mungkin mencuba dengan grafik 2D yang bergabing dengan elemen komik klasik. Tidak dinafikan ia kelihatan mempunyai tema sama dengan filem animasi Spider-Man: Into The Spider-Verse serta Across The Spider-Verse.

Tiada butiran lain buat masa ini. Sama-sama kita nantikan.

Julai 30, 2023

4 perkara yang wajib ada dalam doa kita, selalu minta dengan Allah :

4 perkara yang wajib ada dalam doa kita, selalu minta dengan Allah :
.
Rahmat.
.
Tanpa rahmat Allah, siapa la kita. Dengan rahmat Allah juga, manusia masuk syurga.
.
Rahmat ni macam blessing la. Restu dari Allah. Bila Allah restu, segala kerja buat kita jadi lancar. Bila Allah restu, takde masalah yang tak boleh diselesaikan.
.
Bahasa orang muda, rahmat macam payung. Ke mana kita pergi, apa kita buat, semuanya dalam perlindungan Allah.
.
Nikmat.
.
Banyak benda boleh jadi nikmat. Kadang-kadang kecil, kadang-kadang besar. Kadang-kadang kita nampak, kadang-kadang tidak. Kadang-kadang benda kita suka, kadang-kadang benda yang kita benci.
.
Tanpa nikmat, hidup jadi tak lengkap. Hanya dengan nikmat saja, kita akan rasa senang. Senang diri, senang hati. Semua tu nikmat dari Allah.
.
Jadi kena minta Allah bagi kita nikmat. Nikmat dunia dan nikmat akhirat.
.
Hidayah.
.
Ini benda yang sangat penting. Nikmat dalam iman dan Islam. Nikmat berada di jalan yang benar lagi lurus. Nikmat yang didambakan oleh seluruh manusia di alam ini.
.
Jangan take for granted. Mentang-mentang kita dah lahir sebagai Islam, Allah bagi hidayah kat kita. Tak semestinya begitu.
.
Sebab tu Allah ajar kita selalu supaya minta Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. Walaupun kita dah pun dalam agama Islam.
.
Hidayah itu milik Allah. Dia boleh bagi kat siapa Dia nak bagi. Dia juga boleh cabut hidayah dari siapa yang Dia nak cabut.
.
Siapa yang Dia bagi hidayah, tiada siapa lagi yang boleh menyesatkan. Siapa yang Dia sesatkan, tiada siapa lagi boleh memberinya hidayah.
.
Taufiq.
.
Taufiq ni bahasa mudahnya ialah kekuatan. Istiqamah dalam melakukan kebaikan dan pahala adalah contoh kekuatan.
.
Bukan senang nak jaga iman. Bukan senang nak jaga solat. Bukan senang nak jaga diri dari buat benda haram. Bukan senang nak jaga hati dari riya’, ‘ujub, takabbur dan tidak ikhlas.
.
Sebab tu kena minta taufiq dari Allah. Kita ni tiada daya tiada upaya melainkan dengan izin Allah. Maka selalu la minta Allah perkuatkan diri kita. Agar kita kuat buat apa Allah suruh dan kuat untuk tinggal apa yang Allah larang.
.
Ya Allah, rahmatilah hidup dan mati kami.
.
Ya Allah, kurniakan nikmat kepada kami di dunia dan akhirat.
.
Ya Allah, campakkan hidayahMu kepada kami dan janganlah engkau palingkan hati kami setelah diberikan kepada kami hidayahMu.
.
Ya Allah, berilah kami taufiq agar kami kuat dengan segala macam cabaran di dunia. Hanya kepadaMu kami berserah dan bertawakkal.
.
Amin ya Rabbal ‘alamin.

BARANG TAK MAHAL

BARANG TAK MAHAL


Pembeli: "Dik, telur sepapan berapa?"


Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"


Pembeli: "Telur ayam."


Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"


Pembeli: "Ayam biasa."


Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"


Pembeli: "Yang tempatan."


Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"


Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).


Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"


Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jual pakej pelancongan?"


Penjual: "Maaf kak, Saya jaga #chaletmataair mai nak beli telur jugak. Kebetulan yang jual telur pergi kencing. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang. FB


c/p : CMAbest 

Ada masanya kita beri mereka peluang untuk mereka duduk merenung dan berfikir...

Ada sorang budak datang ke bilik tayang waktu rehat.
"Cikgu, nak sambung tengok movie hari tu boleh?" Pintanya..
Mengenangkan memang tayangan 'movie' sempena minggu pusat sumber hari tu tak sempat habis, jadi aku pun benarkan. 

Aku 'on' lcd dan pasang lah cerita yang dia nak sambung tengok hari tu. 

"Cikgu, saya makan dalam ni boleh?" Soalnya. 

"Kalau tumpah nanti macam mana? Cikgu takde penyapu dalam ni. " Balas saya. 

"Saya makan karipap je cikgu. Tak tumpah," balasnya. 

"Oklah..kalau tumpah, awak kutip dan bersihkan ya. Cikgu bimbang bilik ni bersemut je nanti." 

Tenang dia duduk depan meja sambil mengadap skrin tayangan. Satu demi satu karipap diambil dan disuapkan ke mulutnya. Aku memerhati je dari kerusi belakang. 

Sedap sangat nampak dia mengunyah karipap sambil menonton tayangan percuma. 
Tapi tulah..
Langsung tak pelawa...
Dia buat tak nampak je aku...

Sampai sekarang, sampai korang baca posting ni, takde seketul pun karipap sampai kat aku. Waktu rehat dah habis ni..

Tergamak kau budak😔

Tapi tulah..aku tengok dia duduk menonton sambil makan karipap tu macam dia tengah menikmati sungguh-sungguh momen tu. Ala-ala healing gitu..

Agaknya lah kan...
Anak-anak kita ni pun kadang-kadang perlukan masa bersendirian. Mereka juga pasti ada keserabutan mereka tersendiri. Mungkin ada masanya kita beri mereka peluang untuk mereka duduk merenung dan berfikir. Biarkan mereka duduk di gua mereka buat sementara. Moga mereka kembali ke dunia nyata dengan semangat baru.

Tapi karipap tu...haish... FB



Julai 29, 2023

ganti burung kepada X

Twitter melancarkan logo baharunya hari ini, menggantikan burung biru itu dengan X putih pada latar belakang hitam ketika syarikat milik Elon Musk itu beralih ke arah penjenamaan semula sebagai X. _google

#jmbelog - Google Search 27 julai 2023

#jmbelog - Google Search 

Kira-kira 12,400 hasil carian (0.28 saat)