*Bunyi Di Pagi Sahur* _oleh Khairunnisaq_
Aku sejenis manusia yang tak boleh makan pagi. Kalau aku makan pagi mesti muntah-muntah pada siang harinya. Jadi pada pagi Ramadan kedua, aku bangun pukul 2.00 pagi untuk bersahur. Waktu-waktu macam ni perut aku masih boleh terima makanan lagi.
Tengah asyik aku menggoreng nasi sambil layan lagu Taylor Swift untuk menghilangkan rasa mengantuk, aku terpandang bayang ‘sesuatu’ melintas dari tingkap dapur betul-betul di hadapan tempat aku memasuk.
Bila dah nampak macam tu cepat-cepatlah aku tukar lagu TayTay tadi kepada bacaan ayat suci al-Quran. Aku ada baca pejabat Mufti cakap yang kena ikat bulan puasa ni syaitan besar saja.
Kriit! Kritt!
Tercampak sudip yang aku pegang tadi. Aku dengar bunyi pintu pagar utama seakan ditolak-tolak dari luar.
“Siapa tu? Kau jangan main-main dengan aku! Aku boleh baca ayat Kursi sampai habis tau!”
“Hoi, kak! Akulah ni. Amri. Bukalah, dari tadi aku bagi salam sampai ke tingkap belakang tak dengar-dengar.”
Ya Allah, adik aku rupanya! Dia datang nak bersahur sama. Mati-matian aku ingatkan hantu tadi. Betul-betul lemah iman aku ni!
0 comments:
Catat Ulasan
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.