Orang di sekeliling kita adalah amanah daripada Allah SWT, untuk dinilai ke mana kita bawa mereka.


Sahabat yang berhati mulia akan membawa kita ke jalan Allah. Jadi, jika berteman itu biarlah tercalit wangi akhlaknya dan terlekat pula harum imannya.

Rasulullah bersabda, "Seseorang itu adalah berdasarkan agama sahabatnya, maka perhatikan

"Orang di sekeliling kita adalah amanah daripada Allah SWT,  untuk dinilai ke mana kita bawa mereka."

Oleh sebab itu, dalam Al-Quran disebutkan bahawa, teman karib sekalipun akan menjadi musuh kepada sesama mereka di akhirat kelak, melainkan perhubungan atas dasar takwa dan disertai dengan takwa.

Kalau teman karib pun boleh jadi musuh, apa lagi kawan² dan kenalan biasa. Maka, berwaspadalah dan bertakwalah dalam bersosial dan bersahabat, kerana ada kesannya di akhirat kelak.

#JMBELOG - Di Sini, Jiwa Yang Penat Boleh Berehat →


Cari monolog, puisi jiwa dan catatan hati di sini.

0 Comments:

Catat Ulasan

“Untuk anda yang singgah… tinggalkanlah jejak, tinggalkanlah yang baik-baik, walau sekecil rasa, walau sependek kata.
Kerana setiap kehadiran itu, ada makna yang tak selalu terlihat oleh mata. Dan setiap kata yang kita tinggalkan, akan kembali kepada kita dalam bentuk yang sama.”