Julai 01, 2023

Cara Ganti/Qada’ Solat Yang Pernah Ditinggalkan

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.

Dari segi syarak pula bermaksud perkataan/perbuatan yang dimulai dengan takbir berserta niat dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu.

Umum sedia maklum bahawa solat merupakan ibadat yang menduduki tempat tertinggi. Seandainya seseorang Muslim itu taat dalam mendirikan solat fardhu sebanyak lima kali sehari, dia seolah-olah telah menegakkan agamanya. Apabila seseorang itu meninggalkan solat, ia seumpama dia tidak mahu berusaha untuk membina agamanya dengan sempurna.

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-2 yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang beriman. Yakni mereka yang khusyuk dalam mengerjakan sembahyang.”

Dalam satu lagi ayat, Allah SWT menegaskan yang bermaksud: “Benar-benar sangat beruntung orang-orang yang membersihkan diri dengan beriman dan sentiasa berzikir menyebut nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang.” (Surah Al-A’la, ayat 14-15).

Oleh itu, solatlah. Cuba yang terbaik untuk tidak meninggalkan solat okay?


Cara Ganti/Qada’ Solat Yang Pernah Ditinggalkan

Seorang pengguna Twitter (Shira Ahmad) menerusi bebenang di Twitter miliknya telah mengulas persoalan yang mungkin menjadi tanda-tanya ramai orang Muslim di luar sana.

Ramai yang tak tahu jawapan sebenar.

Oleh itu, dia menerusi bebenang tersebut telah merungkai persoalan berkenaan dengan penjelasan yang begitu padat.

Menurutnya, kita boleh niat dan istiqamah untuk menggantikan solat yang telah ditinggalkan. Selepas itu, setiap solat fardhu yang dikerjakan, kita ganti dengan satu waktu solat.

Contohnya, ketika solat zohor, teruslah menggantikan solat zohor yang pernah ditinggalkan.

Dia turut memberikan tips agar sentiasa menjaga tomakninah, jangan laju-laju dan terburu-buru. Apabila niat di hati ingin menggantikan solat, InsyaAllah ketika ajal tiba, kita dikira berusaha untuk menggantikan solat dan diampunkan oleh Allah SWT.

Sampai bila nak ganti? Sebab tak ingat dah berapa lama tinggal solat.

Tak mengapa, buat sahaja sehingga anda berasa yakin solat-solat yang telah ditinggalkan, sudah terganti. Doa supaya Allah bukakan pintu hati dan jalan.

Jika anda ingin mengetahui versi lebih panjang tentang cara untuk Qada’ Solat Fardhu, boleh tonton video di bawah:




Umat Islam perlu diingatkan bahawa solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya senantiasa menghargai dan menepati masa.

Itu merupakan falsafah ulung di dalam solat.

Semoga kita sentiasa istiqamah dalam beribadah. Ameen.

Sumber: TRP

0 comments:

Catat Ulasan

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri!!!
All comments are your own right and responsibility.!!!

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Pengikut