Sejarah Lagu Negeri Kelantan

Haji Mohamed bin Mohamed Saaid, yang mana merupakan Ketua Pancaragam PDRM Kelantan pada ketika itu, diperintahkan oleh Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Ibni al-Marhum Sultan Muhammad ke-IV supaya menggubah irama lagu untuk dimainkan ketika sambutan hari keputeraan Baginda pada 5 Julai 1927.

Lirik Lagu Negeri Kelantan

Tiga tahun berikutnya yakni pada tahun 1930, Mahmood bin Hamzah, yang mana merupakan Setiausaha Negeri Kelantan pada ketika itu, menggubah seni kata bagi lagu tersebut, justeru melengkapkannya sebagai lagu negeri.


Pencipta lagu ialah Encik Abdul Aziz Abdullah, seorang guru pancaragam (Band Master) dalam Pasukan Polis Kelantan pada masa itu.


Manakala liriknya pula ditulis lapan tahun kemudian, iaitu pada tahun 1935, oleh Wan Ibrahim bin Wan Mustafa, seorang guru bahasa Melayu lepasan Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim.

Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan| eCentral



Untukmu yang membaca hingga ke titik ini, semoga Allah memeluk hatimu dengan tenang, seperti kau selalu memeluk luka orang lain. Moga setiap langkah disertai tenang, dan setiap ujian membawa pulang hikmah. Semua tulisan berasal dari blog penulis. Kredit dan sumber akan dinyatakan apabila digunakan sebagai tanda hormat kepada asalnya. - Copyright - 2016 © #JMBELOG

0 Comments:

Catat Ulasan